Celaka, Kasino Besar Amerika, Akan Kembangkan Sayapnya di Uni Arab Emirates
-->

Advertisement Adsense

Celaka, Kasino Besar Amerika, Akan Kembangkan Sayapnya di Uni Arab Emirates

60 MENIT
Jumat, 11 Februari 2022

60menit.co.id | Para Petinggi Arab Saudi.


60MENIT.co.id, Bandung | Melansir kasino besar Amerika Serikat, Wynn Resorts bakal melebarkan perniagaannya di Emirates Arab Bersatu (UAE). Negara yang sebelum ini tidak membenarkan aktiviti perjudian. 


Syarikat yang bertapak di Nevada sebelum ini mengumumkan bahawa perjanjian berbilion dolar dengan UAE bakal menyaksikan syarikat itu membuka hotel mewah dengan 1,000 bilik, 10 restoran dan kemudahan 'perjudian' di bandar Ras al-Khaimah.


Pengumuman ini dibuat seiring dengan kenyataan Lembaga Kemajuan Pelancongan Ras al-Khaimah yang memperkenalkan bagian baru, dipanggil Jabatan Hiburan dan Peraturan Perjudian, yang akan mengawal selia 'resort bersepadu' yang merangkumi operasi hotel, ruang hiburan, restoran, spa, kedai runcit (Indonesia : bisa kelontongan juga gerai ataupun mini market) kawasan konvensyen dan aktiviti 'perjudian'.


Menurut laporan media antarabangsa.(Malaysia), sehingga kini pihak Ras al-Khaimah tidak mengulas lanjut mengenai 'perjudian' yang dimaksudkan oleh mereka. Persoalan yang timbul adakah perjudian yang bakal diperkenalkan di UAE berbentuk pertaruhan dengan wang tunai.


"Resort bersepadu yang baru diumumkan itu masih dalam fasa reka bentuk awal dan dijangka siap menjelang 2026," Kata kenyataan daripada Marjan, pemaju Ras al-Khaimah yang terlibat dalam perjanjian itu, menurut Associate Press. "Ini sahaja butiran yang boleh diberikan [kepada umum] pada peringkat ini."


Sumber Buletin Malaysia, yang menyerukan tentang : Negara-negara Arab semakin sombong, lihatlah kecelaruan mereka. Sedikit pun mereka tidak takut dengan hukum Allah swt, malah langsung tak malu dengan negara-negara Islam yang lain. 


(zho)